Thursday, June 26, 2008

Cerita tentang Tadbir dan takdir

Bahagia atau malang adalah keputusan Tuhan. Kehendak Tuhan menetapkan adanya Raja dan Hamba. Siapa lagi kalau bukan Tuhan yang mencipta takdir? Tidak ada upaya apa pun yang dapat melawan takdir......

Terbacanya catatan tadi, sudahkah kau beroleh ilhan? [Tunggu dulu!].
semakkan semula pahatan hukum yang bakal kau ukir di mindamu, benarkah ia datang dari hidayat Tuhan atau cuma tanggapan dari daerah kelam?

Apabila malang mengerumuni mu, puja lah nama mu kerana ia ilham Tuhan.

Jika kau terima takdir jadi debu, kau akan lenyap dihembus angin
Apabila kau jadi batu, kau menghancurkan gelas.
Atau adakah engkau hanya setitis embun? Takdirmu hanya jatuh ke tanah!
Apabila kau lah laut, kau ditakdirkan abadi...

Jika takdir membuatmu merana, mohon kepada Tuhan agar Dia mengurniakan mu takdir yang lain, kerana takdir yang ada dalam perbendaharaan Tuhan tidak terbilang banyaknya...

Jika takdir menjadikan aku terpesong akan kadbiran hidupku nanti, pinjamkan daku nama mu sebentar - Mohd Hidayat - muga dapat kubuka semula kunci rahsia tentang penduduk bumi kehilangan nilai diri, tidak faham makna terhalus dari TAKDIR yang terkandung dalam kata-kata sederhana berikut:

"Apabila kau mengubah dirimu sendiri, nasibmu juga berubah..."

Kearah manakah kita berubah? sedangkan
...............pintu syurga tidak hanya satu, jalan ke neraka pun beribu-ribu....

KUPASRAHKAN TADBIR & TAKDIR dalam TAKBIR ke HADRAT MU : ALLAH HUAKHBAR!

1 comment:

nazam said...

Petikan dari blog tuan...
"Apabila kau mengubah dirimu sendiri, nasibmu juga berubah..."

Kearah manakah kita berubah? sedangkan..........pintu syurga tidak hanya satu, jalan ke neraka pun beribu-ribu....

Takdir mengatasi Takbir atau....???

Dari akal kecil kita, bagi tujuan muhasabah, kadangkala terfikir, ada benarnya takdir mengatasi takbir, namun, kadangkala terfikirnya juga...

kadangkala, dari tanya hati kecil juga, adakah hidup aku kini sudah ketentuan takdir begini atau urusan takbir aku yang perlu dinilai bagi 'mengubah' takdir yang barangkali aku fikirkan begini...!!!

Atau ini rahsia zat-Nya, sukar untuk dilunasi persoalan MAHA dari-Nya.Benar juga pesan sufi, persoalan mengenal diri, sebenarnya jawapan kepada persoalan mengenal-Nya...

Maha suci tuhan, yang mengetahui sebelum dan selepasnya......