Sunday, September 12, 2010

antara keletihan gembira dan keperluan

sekali lagi, apabila kita berada di antara keletihan:

i) bergembira, dan
ii) menanggung kesakitan dan mengharapkan...

mmg selalu nya keletihan kerana gembira itu akan membenam keperluan lain, termasuk sesuatu yang sedang menanti dan mengharapkan.

Penemuan: berhenti berharap pertolongan

Kesimpulan dan Tindakan:

HIDUP DGN KEMAMPUAN...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

1 syawal, setiap satu kali nya tidak pernah hadir tanpa sia sia..Untuk tahun ini, aku perlu meraikan kemenangan kerana mempertahankan prinsip dan kepercayaaan...mempertahankan prinsip dan kepercayaan org lain juga...aku sendri.

1 syawal, ruang menjernihkan diri melihat kesucian hati manusia lain..berkorban untuk melihat keonaran dan kegelinciran dari landas yang lurus

1 syawal, adalah kerinduan yang terpendam ; yang menghimpun bara dendam yang nanti akan membuak...

1 syawal, keringan masa kecil yang jernih, terhampar dalam kekusutan rasa dan kecintaan

Salam aidlfitri..maaf zahir batin

Saturday, September 4, 2010

di hujung ramadhan

di hujung ramadhan..ada tidak lebih dari 5 hari berpuasa, manusia muslim seluruh dunia akan meraikan syawal yang mulia

selama lebih 10 tahun ini ,, tiada isu rumahtangga yang berbangkit untuk beraya dimana?
selepas kematian arwah ibu mertua : dungun menjadi jalan mati rupanya...

ibu ku di kemaman, pusara ayah di kampung - kg batu rakit kuala terengganu
arwah ibu mertua bersemadi di dungun ...

Sejak ayah tiada - adik beradik ku eperti kehilangan nakhoda. BErantakan dan hilang punca. membawa haluan sendiri mmbuat tidak ada rasa bersama lagi - mmbawa haluan menuju arah yang berlainan...

begitu juga - sebaik ibu mertua pergi : beban keluarga isteri ku pun tertanggung di atas bahu ku - terpaksa menjadi penyeimbang yang kekal dengan watak ku .

Namun semua itu seperti perlu aku labuhkan pada penghujung ramadhan ini apabila aku sendiri sudah kehilangan diri ku sendiri.

Untuk kali pertama selepas 10 tahun ini : aku ingin berhenti befungsi dan bertanya...

"DI WILAYAH MANA AKU AKAN BERAYA TAHUN INI"...

menyemarakkan rasa

Hampir setahun blog ini tak ku kunjungi atau update selayaknya...hanya kerana aku harus berdiam dan mnyendiri ..

2 Sep 2010 : tarikh penting dalam seluruh hidup dan perjuangan ku ...3rd dan final draft phd ku telah pun sempurna ku kirimkan - final step ialah menanti komen akhir (yang kuharap tidak sampai menelan waktu panjang) dari supervisor sebelum aku betulkan dan submit sebagai laporan lengkap InsyaALLAH.

Tapi, supervisor yang selalu berada pada tahap UIAM sentiasa sukar dijangkakan.....

pergh: apa episod selepas ini, aku yang ingin cepat2 menyelesaikan urusan ini sentiasa menanti dgn penuh debaran ..