Saturday, September 4, 2010

di hujung ramadhan

di hujung ramadhan..ada tidak lebih dari 5 hari berpuasa, manusia muslim seluruh dunia akan meraikan syawal yang mulia

selama lebih 10 tahun ini ,, tiada isu rumahtangga yang berbangkit untuk beraya dimana?
selepas kematian arwah ibu mertua : dungun menjadi jalan mati rupanya...

ibu ku di kemaman, pusara ayah di kampung - kg batu rakit kuala terengganu
arwah ibu mertua bersemadi di dungun ...

Sejak ayah tiada - adik beradik ku eperti kehilangan nakhoda. BErantakan dan hilang punca. membawa haluan sendiri mmbuat tidak ada rasa bersama lagi - mmbawa haluan menuju arah yang berlainan...

begitu juga - sebaik ibu mertua pergi : beban keluarga isteri ku pun tertanggung di atas bahu ku - terpaksa menjadi penyeimbang yang kekal dengan watak ku .

Namun semua itu seperti perlu aku labuhkan pada penghujung ramadhan ini apabila aku sendiri sudah kehilangan diri ku sendiri.

Untuk kali pertama selepas 10 tahun ini : aku ingin berhenti befungsi dan bertanya...

"DI WILAYAH MANA AKU AKAN BERAYA TAHUN INI"...

No comments: