Saturday, May 23, 2009

Meneruskan perjalanan

di saat ini, waktu yang tersisa hanya kurang lebih 1 bulan setengah-sebelum aku harus terjun semula ke alam sekolah - mengajar anak anak uitm belajar atau mencetuskan daya upaya mereka untuk belajar..

takala aku mengingat bahawa sudah lebih 2 tahun tidak bersama dalam kerenah dan aspirasi mereka, aku terus bergelumang dengan kerja-kerja sekolah ku. memang terasa benar apa yang pernah ku ungkapkan bahawa yang terpenting dalam proses ini bukan hanya sekadar mendapat sehelai kertas ijazah (dalam kes ini Ijazah kedoktoran), tetapi mengutip semua nilai yang mampu di garap sepanjang proses itu. Nanti kalau terpandang kertas ijazah yang sehelai ini, ia bakal menghimpunkan seluruh rasa pahit, getir dan kegembiraan, lebih gementar apabila ia adalah segulung kertas kosong di hari konvokesyen - mungkin kertas kosong itu lah yang boleh digunakan untuk melakarkan pengalaman pasca ijazah...

uniknya ijazah kedoktoran ini, elemen terpenting (selain rasa pahit, getir dan kegembiraan) selain yang biasa ditemui dalam mana-mana kertas ijazah lain, ialah ia juga sebenarnya adalah kesempatan untuk membuktikan bahawa pemiliknya memang mahir "memberi imbangan munasabah" dalam satu jeda masa, takala ia datang serentak...

Aduhai, layakkah aku?

Thursday, March 26, 2009

Bagaimana Aku mendapat Nama....

Salam,
Lama tak mencoretkan sesuatu...terasa lama..teman-temanpun dah mula bertanyakan perihal ketidaksediaan ku untuk terus menerus mengemaskini laman ini.

Justeru, siri terpanjang ini berhasrat untuk merakamkan pengalaman yang terdengar dari beberapa teman lama ayahanda..tentang bagaimana aku mendapat nama:

17 Januari 1965 : selepas selamat dilahirkan pada subuh Isnin... aku di namakan ZulMaphindo...ayahanda punya penangan...Terkenal sebagai idealist perjuangan, ayahanda mmg pengikut setia gagasan Malayu Raya yang menggagaskan penggabungan MAlaysia, FIlipina dan InDOnesia. itu lah asal mula menerbitkan nama ku MOHD ZULMAPHLINDO....

Namun, aku diserang demam panas yang teruk, menurut ceritanya menghampiri 2 minggu dengan keadaan sgt kritikal.....

Tetapi, kasih sayang ibubapa selalu nya menghibakan untuk di telusuri. membuat jiwa tersentuh dan terasa haru. Di saat menceritakan kepahitan mereka menjaga aku sewaktu kecil, mereka sempat menunjukkan "kole" (kole ini adalah nama dalam loghat Terengganu yang berupa bekas air yang dibuat dari besi) yang digunakan untuk membasuh kepala ku yang panas, dan..aku masih menyimpan "kole" itu sehingga kini....

Melihat keadaan yang sedemikian, sekalian bomoh dan pawang di panggil untuk mengubatiku. rasa nya tak kurang dari 20 pawang seantero kg...
dalam sedemikian ramai pawang dan bomoh itu, tak seorang pun yang berupaya membuat aku pulih..alahai....

Dijadikan cerita, ada seorang ilmuan yg di datangkan dari Gunung Semanggol Perak yang kebetulan nya menjadi guru ayahanda ku menziarahi ku dirumah nenek di KG BATU RAKIT KUala Terengganu. Selepas sedikit zikir, dia pun mencadangkan namaku dengan JAMALLUDIN HELMI...
JAMALLUDIN itu di datangkan dari JAMALLUDIN AL AFGHANI
sementara Helmi itu di datangkan dari nama pemberi nama (ilmuan yang ku sebut itu) BURHANUDDIN AL HELMY....

.......................bersambung ke siri 2

Friday, February 6, 2009

2009

Mengharapkan belas kasihan Tuhan untuk menentukkan kekuatan keupayaan untuk mentadbir Takdir Nya

Friday, November 21, 2008

Adakah ini waktu nya untuk hijrah?

Tiba di satu detik dalam hidup ini, kita harus berhenti sejenak, mendongak ke langit dan bertanya.....

"Apakah jalan bersimpang di hadapan ini mengundang padah?"

Wajarkah aku menimbang untuk berhijrah?

Perseimbangan dalam ketidaksamaan

Seimbang tidak semestinya sama banyak.... (mencabar teori persamaan perakaunan oleh PArcioli)..

Dalam perakaunan, satu persamaan terpenting ialah persamaan perakaunan, iaitu

Aset = Liabiliti + Ekuiti PEmilik
100 = 20 + 80

namun, bukti bukti dari alqur'an melangkaui teori sekcil itu....perhatikan...

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Sejauh mana kita mengerti?

Thursday, September 18, 2008

Semua kitab Suci di turunkan pada bulan Ramadan

Hadis riwayatkan Imam Ahmad (maksudnya): Suhuf (lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadan, Taurat diturunkan pada 6 Ramadan, Injil diturunkan pada 13 Ramadan dan al-Quran pula diturunkan pada 24 Ramadan.
Kenapa?

Monday, September 1, 2008

Sejarah Puasa (2)

Ada dinyatakan di dalam kitab taurat bahawa puasa difardukan ke atas orang-orang Yahudi pada hari yang ke sepuluh di bulan yang ke tujuh iaitu yang dinamakan hari 'Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam.Puasa yang termasyur bagi orang-orang Nasrani pula ialah puasa sebelum "Iedil Fishi" iaitu hari memperingati bangunannya Al-Masih dari kubur.Itulah di antara puasa yang dilakukan sebelum Islam iaitu puasa yang dipraktikkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. dan para Hawari tetapi ianya dipinda dan ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuknya yang lain, ada yang berpuasa daripada memakan daging, telor, ikan, susu dan sebagainya.Semua situasi di atas adalah jauh bezanya dengan puasa yang difardukan ke atas umat Muhammad s.a.w. Puasa yang dilakukan bukan kerana memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Tetapi puasa pula disyariatkan oleh Allah dengan tujuan melatih hambaNya supaya bertakwa kepadanya sepertimana yang disebut di dalam firmanNya maksudnya:"Mudah-mudahan kamu bertakwa."Inilah natijah yang ingin dilahirkan oleh puasa yang telah disyariatkan dan Allah menyatakan di dalam sebuah hadis Qudsi maksudnya: "Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melainkan puasa ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya".